Monday, July 21, 2008

NAIB JOHAN PERTANDINGAN GULINTANGAN !!!

Posted on 11:41 AM by aRtiXz

kumpulan gulintangan Warisan bergaya selepas menerima hadiah naib johan,
dimana saguhati ekstranya ialah sebungkus buah longan tajaan makcik minah dan bekas suaminya numbur dua... ( Thanks to Awg IRB for the pic ! )

dibelakang pentas sebelum pertandingan : (dari kanan : bang jul, siril, hasnol n kak mar)

( ethmal & bang awis )

ini dia kumpulan Wirama yg di ketuai oleh
Yg Mulia Pehin Ngian Awg Gani..hujung kali sbalah kiri heheh

ini dia Johan kumpulan Irama Bahtera sampat lagi praktis walaupun lagi 3 saat nama durang kana sabut untuk masuk ke pentas

~ YMCA lalalala...YMCA...lalala~ yaa itulah lagu kemengan kami selaku naib johan bagi pertandingan gulintangan sempena perayaan hari keputeraan pada 18/7 lalu bertempat di hadapan bangunan alat2 kebesaran diraja. sebanyak 6 buah kumpulan yang hebat belaka melaka mengala tekilala serta kikilala...antaranya ialah..Kumpulan Warisan, Irama Bahtera, Wirama, Betara Nada, Tunas belia dan Wira Angkasa.

setelah selesai semua kumpulan mendendangkan lagu masing2 dengan kerativiti yang cukup mengkagumkan lagi mengghairahkan ( eerkk ada juakah? ) walaupun hujan turun serta bunyi letupan bom skali skala kedengaran namun irama gulintangan tetap menjadi perhatian disebabkan oleh bunyi irama dulu dan sekarang sudah berubah dengan adanya kreativiti serta bakat2 muda belia remaja kanak kanak..bawah 22 tahun, bawah 30 tahun, pencen 55 tahun dan warga emas 70 tahun.

Dengan ini di ucapkan setinggi TAHNIAH kepada JOHAN- Irama Bahtera, NAIB JOHAN - Kumpulan Warisan, KETIGA - Betara Nada. Kepada yang tidak berjaya juga di ucapkan Tahniah kerana memberikan saingan yang hebat lagi pekat lemak berkrim disukai ramai. Namun apa yang SYIOK pada malam atu ialah semangat setiakawan antara para peserta begitu ~mesraaaa~...ingin bukti? kita lihat video di bawah ini..jeng jeng jeeeeng~~






No Response to "NAIB JOHAN PERTANDINGAN GULINTANGAN !!!"