Monday, May 19, 2008

Arakian bermulalah...

Posted on 8:33 PM by aRtiXz

Salam sejahtera semua atau dalam bahasa arabnya Assalamu'alaikum...alhamdulillah dengan diciptanya blog ani maka insya allah akan tersebarlah lagi irama peralatan muzik tradisi kita di negara Puni yang tercinta ani. Kami bukanlah yang terhandal..kami bukanlah yang terbaik..kami bukanlah yang terhensem ( eerr...ani luahan hati kah? hehe )...tetapi kami akan menghiburkan abiskita dengan rentakan gendang...lentingan gulintangan...dengungan tawak-tawak...gema gong...gemersik akodion...yang mengalunkan irama gemalai samalindang..alus jua dendang..kampong ayer dan irama rancak kain jong sarat...dang mengalai serta lagu-lagu dari negara jiran seperti zapin budi...cindai..sirih pinang...serta irama dangdut jablai...kopi dangdut ( teh dangdut alum ada ) serta irama-irama yang pasti akan menghiburkan hati dan kaki dihentak paha ditepuk tangan mengikut rentak irama musik tradisional.


Fuiyyooo apakah bahasa ku pakai di atas atu...cakap cemani lagi sanang hehehe. oklah blog ani secara simpelnya (ejaan mengikut sebutan) adalah untuk abiskita yang ingin mengorder kumpulan gulintangan bagi mengiringi majlis biskita seperti majlis kahwin...dinner...dan yang bersesuaian lah...ndakan majlis tahlil arwah ah...ada yang kana pancar karang...musim ribut tah jua lagi hehehe wa na'uzubillahi min zalika. Tapi untuk pemberitahuan awal..kalau hari-hari keraja indatah kami belaku tu, mun paham bisai...mun nda paham bangang lah tu hehehe..tapi kalau malam insya allah kalau kami belaku, dan macam biasa 1st come 1st serve ah..segala rasuah tidak akan diterima kecuali dalam $50 ribu tu oklah dapat jua kan membali kerita baru dan belanja ku kawin nanti hehe. Ok, Blog ani jua akan di isi dengan garam secukup rasa...eh salah...akan di isi dengan apa saja aktiviti yang kami adakan yang berkaitan dengan gulintangan ani seperti menjamur gendang sebelum main..mengangkat gulintangan masuk bunet kerita...alum lagi cerita mengeluarkan dari bunet tu..lagi sadis hehe.

Kumpulan kami ani adalah kumpulan adik beradik, alhamdulillah kami adi beradi di anugerahkan  dengan bakat jerawat dan bakas gigit rangit...eh...bakat bermain muzik yang ada di dalam darah kami ani waris dari indung kami..indung kepada indung kami..indung kepada indung indung kami..serta..eh panjang karang lagi. Barang barang peralatan muzik kami bukanlah yang quality tinggi dan mahal...tetapi nda semestinya yang murah atu akan selalu murah..lambat laun harga beras dan minyak akan naik jua..baiklah seterusnya laporan cuaca...eh sori ah salah channel..tetukar RTB 1 hehehe. Tapi kami ada jua kadang-kadang membawa kawan-kawan kami jikalau ada antara adiberadi ani yang nda belaku main di sebabkan sakit perut..mengambil anak sekulah..kerja labih masa..dan yang se iklim dengannya.

oklah..setakat ani atu saja dulu kurapak.com ku..niat kami hanyalah untuk mengekalkan irama muzik tradisi kitani dan menyebarkan lagi kepada generasi sekarang dan akan datang agar diurang tau bahawa gulintangan ani adalah salah satu identiti lambang melayu kebruneian kitani. dan alhamdulillah kalau di liat masani sudah berkembang bunga ros jiran sebalahku...eh..sudah berkembang dan sudah banyak kumpulan gulintangan yang bergiat aktif memperjuangkan dan mempertahankan muzik tradisi kitani! Go go...go apa ah? DST Go? aaah aku tau apa...Gol Gol Naang..terubuk pantai basi....si awang betunggu tunang makan bubur sama nasi~~~



No Response to "Arakian bermulalah..."